Monday, January 17, 2011

KEBERKATAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

CARA MAKAN MENGIKUT CARA NABI YANG DIAMALKAN OLEH JEMAAH TABLIGH MENYEBABKAN SEORANG BERKULIT HITAM WARGA AMERIKA MEMELUK ISLAM.
       satu jemaah tabligh dari pakistan telah pergi menjalankan usaha dakwah di amerika.setelah selesai melakukan amal dakwah,ahli jemaah duduk untuk makan.pada masa itu seorang warga amerika berkulit hitam datang berhampiran mereka dan dia berkata-kata didalam bahasa english’aku datang untuk bertanya beberapa soalan.
        ahli jemaah telah mengajak dia makan dan memberi layanan yang sangat baik sambil mereka memberi dia makan manisan.selepas selesai makan,dia berkata ajarkanlah aku islam.ahli jemaah berkata’bukankah tadi kamu datang untuk menanyakan soalan?
      dia menjawab,dalam kesederhanaan kamu memberi makan dengan satu layanan yang penuh dengan kasih sayang yang mana sehingga hari ini emak saya pun tidak pernah memberi makan dengan layanan seperti ini.dirumah saya setiap dari kami makan didalam pinggan,gelas dan camca yang berasingan yang mana hanya saya yang akan menyentuh dan hanya saya akan makan darinya.semua ahli keluarga sehingggajkan ibubapa saya pun tidak pernah menyentuh pingan yang saya pakai.tetapi disini kita makan bersama dalam satu talam dan minum dari gelas yang sama.Jika inilah apa yang islam ajarkan maka aku menerima islam sebagai agamaku.
       dengan yang demikian,dia memeluk islam dan telah keluar bersama jemaah tabligh untuk waktu tertentu dan dia begitu gembira kerana dengan berkat sunnah nabi s.a.w dia telah diberikan hidayah oleh Allah….

SUMBER : MUHAMMAD LUQMAN BIN ABDUL RAHMAN 
                    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI 
                   PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 
                   2 ALUMINIUM 

No comments:

Post a Comment