PRS SMK SUBEST
PEMBIMBING+RAKAN+SEBAYA+SMK SUBANG BESTARI
Sunday, February 13, 2011
PEMBETULAN : PERKATAAN SALAM
Sedikit kekeliruan berkenaan sebuah note yang bertajuk "SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM". Apa maksudnya?
Memang bukanlah sesiapa untuk menegur tentang perkara ini. Cuma rasanya terdapat kekeliruan, lebih2 lagi bagi mereka yang kurang faham, saya takut mereka akan menerima perkara tersebut bulat-bulat.
Apa yang saya faham di dalam note tersebut dinyatakan tentang kesalahan penggunaan perkataan singkatan kepada ASSALAMUALAIKUM iaitu askum, akum, semekom dan juga SALAM.
Dalam bahasa arab SALAM bermaksud 'sejahtera'. ASSALAMUALAIKUM pula membawa maksud yang sama seperti SALAM. 'KUM' dalam bahasa Arab ditujukan kepada 'kamu semua'. Assalamualaikum pula bermakna salam sejahtera ke atas kamu (lelaki dan perempuan). Assalamualaiki (muannas atau perempuan) manakala Assalamualaka (muzakkar atau lelaki). Jadi bolehlah menggunakan perkataan 'SALAM' sebagai ganti kepada ASSALAMUALAIKUM. Manakala 'Askum', 'Akum'. 'Semekom' adalah salah penggunaannya kerana tiada membawa apa-apa maksud.
Seperti yang sedia maklum, di dalam Al-Quran Allah ada sebut dalam surah Yassin ayat 58 "(kepada mereka dikatakan) 'SALAM' sebagai ucapan SELAMAT dari Tuhan Yang Maha Penyayang" dan saya rasa ucapan SALAM dan ASSALAM itu mempunyai maksud yang sama. Bezanya hanya pada huruf alif & lam(dari sudut nahu, makrifah atau nakiroh) sahaja.
Lagi satu berkenaan ayat Quran yang disebut di dalam note tersebut (43:89) sila jangan salah fahamkan ayat tersebut. Sebelum ingin keluarkan ayat tersebut, teliti dan fahami apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Apa yang saya faham tentang ayat tu,'berpalinglah dari mereka dan ucapkanlah SALAM bila akhir ayat' ia membawa maksud Rasulullah SAW akan berpaling daripada mereka yang tidak beriman kepada Allah dengan mengucapkan salam kepada mereka, dan ayat ini tiada kena mengena dengan larangan untuk menggunakan ucapan SALAM sebagai permulaan bicara di dalam SMS,YM,FB dan sebagainya.
Wallahualam. "ufshussalam bainakum" :
MUHAMMAD LUQMAN BIN ABDUL RAHMAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)