Monday, January 24, 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling menawarkan beberapa perkhidmatan di bawah kepada 

semua warga Bantura demi mencapai Visi dan Misi SMK Bandar Tun Razak :

Ramai di kalangan pelajar menganggap bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan tempat bagi orang yang bermasalah. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. Sebenarnnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah tempat bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan memperbaiki potensi diri. Kami sedia membantu semua warga bantura ke arah kesejahteraan. Kami menawarkan beberapa bentuk perkhidmatan kepada anda termasuk Sesi Kaunseling Individu, Sesi 
Kaunseling Kelompok dan Sesi Bimbingan Kaunseling. Kebanyakkan sesi yang telah kami jalankan  meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.Di samping itu juga kami juga menawarkan beberapa program yang menyeluruh kepada semua warga Bantura seperti Bengkel Kemahiran Belajar, Kem Pemantapan PRS, Kem Kepimpinan Pengawas dan sebagainya.

Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi. 
      
Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka  dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. 
      
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya. 
      
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru  hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi Kaunseling

Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Krumboltz (George & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Patterson(1967) dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara  seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan  yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien. 

Carl Rogers dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar  dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu. 

Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab. 

Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

No comments:

Post a Comment